Monday, 8 October 2012

saya sayang ibu saya !



Dah lama aku tak update blog aku. Penuh sesawang dah ! hahaha. Aku bukan sengaja nak tinggalkan blog ni. Cuma aku nak kumpul semangat aku untuk update story. Kali ni aku nak cerita tentang seorang wanita yang paling aku sayang sampai aku mati iaitu ibu kesayangan aku. 


Hari raya aku tau semua orang menantikan nya . Tidak bagi aku. Aku tak rasa apa - apa . Raya keenam. Tanggal 24 arybulan 8 aku kehilangan ibu tersayang dan tercinta. Aku merasakan separuh hidup aku ikut hilang. ibu happy je walaupun sakit. tapi kitaorang yang tengok keadaan ibu masa tu ? sedih. 

Awal bulan puasa, aku seperti biasa tulis menu untuk sahur dan berbuka. Ibu happy je dan masa tu tak nampak pape tanda pelik dekat ibu. Aku Cuma gembira dapat spend time dengan ibu sebab cuti sem. Ibu nampak sihat. Aku dapat manja-manja dengan ibu, gaduh-gaduh manja. Tapi kadang-kadang aku buat ibu marah. Biasalah perangai aku yang mengada-ngada ni. asyik nak bermanja je. HAHA 

Aku dah rancang macam-macam dengan ibu untuk sambut hari raya, seminggu sebelum raya ibu cakap badan ibu sakit-sakit. Aku urut jela. Tapi datang juga malas aku. Kakak mintak maaf ibu, kalau-kalau kakak  tertinggi suara 😭

Malam raya ibu sempat jahit baki langsir yang tak siap. Masak nasi impit. Masak rendang. ibu tau tak, Kakak rasa ni lah rendang yang kakak tak boleh nak lupa. Sedap sangat. Tak pernah kakak rasa sesedap ni. Ibu tersenyum jer. Tapi aku tak syak apa-apa pun masa tu. Janji kakak dapat rasa masakkan ibu. Masa raya pertama ibu dah mula baring-baring. Ibu dah mula lemah. Ibu dah mula batuk-batuk. Keluar darah hitam. Kakak takut pape jadi kat ibu. Tapi ibu tenang je macam takda apa berlaku.

Raya keempat ibu balik kampung. Ibu mintak tolong suruh pakaikan pampers. Kakak tolong pakaikan.

Kakak : ibu..  ibu.. teringat masa kekecik ibu pakaikan kakak pampers..
Ibu : ( Cuma diam dan tersenyum )

Aku mang nak menangis masa tu sebab aku tengok muka ibu pucat sangat. Ibu jalan pun dah tak cam biasa. Bila ibu balik kampung kakak sempat cium tangan ibu. Pelok ibu. Kakak tak tau kenapa kakak rasa cam kakak akan jauh dari ibu. Tapi kakak tak sangka yang kakak dengan ibu akan jauh buat selama-lamanya. Kakak rindu ibu T_T




Bila aku dapat tahu yang ibu makin teruk, kiteorang terus balik kampung. Aku nampak ibu terbaring. Tapi ibu masih kenal kakak kan... malam tuh kakak temankan ibu , layan ibu. Walaupun masa tuh ibu cam kenal tak kenal je. Esok kakak mandikan ibu. Kakak rasa seronok sebab dulu masa kakak kecik kan ibu mandikan kakak. Bila besar, masa ni lah kakak balas. Bila ibu dah terbaring . ada orang datang melawat, dia cakap kat kakak yang ibu macam dah tak lama hidup. Kakak marah sangat, kakak yakin ibu kuat. Ibu boleh hidup, ibu takkan pergi. Lepas magrib ibu dah betul2 tenat. Call ambulance lepastu terus gerak ke hospital. Aku rasa sedih sangat-sangat sebab aku takut pape jadi kat ibu.

Sampai hospital, muka ibu nampak tenang. Doktor minta izin nak pasang tiub untuk bernafas. Aku relakan sebab aku nak ibu bernafas, bernafas macam semua orang. Kakak taknak denyutan jantung ibu berhenti. Tapi d0kt0r tuh kata kena pindah hospital klang. Sebab hospital kat kampung ni kurang perkhidmatan. Jadi aku kena ikut ibu dalam ambulance. Aku nampak ibu terbaring jer. Dalam perjalanan aku nampak doktor kelam kabut uruskan mesin ibu, aku risau sangat-sangat. Aku takut jadi pape kat ibu. 

Aku harap ibu selamat. Sampai je hospital aku betul-betul harap ibu kuat. Pagi jumaat ibu dimasukkan dalam ICU. Tapi aku tak sangka. Aku tengok ibu terbaring kaku, mesin dah tak guna. D0kt0r cakap ibu dah takde. Aku tau doktor memain ni. Tapi semuanya depan mata aku., IBU DAH TAKDE ! aku terasa macam aku cuma bermimpi dan aku hanya perlu bangun dari mimpi. Tapi semua ni kenyataan. Realiti yang aku perlu hadap, aku tak dapat lari.

Sebelum ibu di sembahyang kan, aku dapat mandikan jenazah ibu. Walaupun masa tuh mata ibu tertutup rapat. Aku cuma nak ibu bangun . aku nak ibu tau yang aku perlukan ibu. Untuk aku lalui hari-hari yang akan datang. Bila ibu dikafankan aku tak sanggup tengok ibu dibalut dengan kain putih, aku belum puas tatap muka ibu. Ibu yang lahirkan aku. Aku betul-betul hancur. ibu selamat dikebumi kan. Aku redha dengan semua ni 😭

Aku kene tabah lalui hari-hari yang mendatang. Ibu kat sana pon taknak tengok aku sedih jer.  Ayah pon sedih, ayah asik cakap nak ikut ibu. Ayah kene stroke. Aku kena jaga ayah. Aku kena jaga ayah macam mana ibu jaga ayah. Makan minum ayah. pakaian ayah. Ayah selalu cakap jaga adik-adik. Tapi aku sape nak jaga ?😢

Aku tahu ada hikmah di sebalik semua yang berlaku. Allah nak uji aku dan family aku. Walaupun berat hati aku, tapi aku yakin aku mampu tanggung semua ni. Patutlah ibu selalu pesan. Rancang untuk masa depan dari sekarang, tapi aku dengar tak dengar je. Rupanya ibu suruh aku berlajar tanggung adik-adik dan ayah. Aku tahu aku kuat. Aku kena lawan perasaan aku. Aku tak boleh sedih je memanjang. :’)

Dan aku hari-hari yang akan aku lalui, aku akan lalui dengan tabah.


p/s : sayangilah kedua ibu bapa anda. Kadang-kadang kita tak tahu apa akan terjadi kees0kan hari. 

Monday, 11 June 2012

♥ solat Istikharah ♥






kali nieh entry aku tetang solat istikharah. kalau nak lebih lanjut tentang solat2 yang lain 
boleh lah pergi ke link  ibadah sunat ♥

♥ Solat Istikharah  ♥

Solat ini dilakukan apabila kita menghendaki sesuatu pemilihan antara dua perkara atau lebih yang mana memohon kepada Allah menunjukkan kepada kita pilihan yang terbaik. 

Niat

أُصَلِّى سُنَّةَ الإِسْتِخَارَةِ رَكْعَتَيْنِ ِللهِ تَعَالَى

Maksudnya : "Sahaja aku menunaikan Solat Sunat Istikharah 2 rakaat kerana Allah Taala"

Doa

اللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْتَخِيْرُكَ بِعِلْمِكَ ، وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ ، وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيْمِ فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلاَ أَقْدِرُ، وَتَعْلَمُ وَلاَ أَعْلَمُ ، وَأَنْتَ عَلاَّمُ الْغُيُوبُ ، اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنْ هَذَا الأَمْرَ .... خَيْرٌ لِيْ فِي دِيْنِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي عَاجِلَهُ وَآجِلَهُ فَاقْدِرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ، ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيْهِ ، وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ.... شَرٌّ لِي فِي دِيْنِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي عَاجِلَهُ وآجِلَهُ فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِيْ� عَنْهُ ، وَاقْدُرهُ لِيْ الخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ، ثُمَّ ارْضِِى بِهِ



Maksudnya : "Ya Allah ! Aku pohon pilihan (minta petunjuk) daripada Engkau dengan pengetahuan Engkau dan aku pohon ketentuan Engkau dengan kekuasaan Engkau dan aku pohon akan Dikau dari limpah kurniaan Engkau yang besar, maka sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui segala perkara ghaib.

Ya Allah! Seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini �. Berkebajikan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka takdirlah akan dia baik dan permudahkannya bagiku kemudian berkatkan bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini �. Mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan akibat urusanku cepat atau lambat, maka palinglah akan dia daripadaku dan palinglah akan seberapa yang boleh, kemudian redhalah akan daku dengannya" (sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).


Sunday, 10 June 2012

kata - kata Indah



Nabi Muhammad pernah berkata, 
(Amal yang paling disukai Allah adalah amal yang dilakukan secara terus menerus sekalipun sedikit )


“Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sahajalah tmpat meminta pertolongan” 
(Surah Yusuf:18)

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut, kelaparan, kekurangan dari harta benda, jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu orang-orang yang apabila mereka ditimpa musibah, mereka berkata:
“Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat hidayah”
                                                                    (Surah al-Baqarah 155-15)

Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan. 
(Davey John Schwartz)


Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, 
maka dia dari kalangan mereka yang beruntung. 
Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, 
maka dia dari kalangan yang rugi. 
Barangsiapa yang hari ini dia, lebih teruk dari semalam,
 maka dia di kalangan orang yang celaka

( Mafhum Hadith Rasulullah SAW)

Saturday, 17 March 2012

Belajar daripada Pengalaman



“Aku selalu tertanya-tanya kenapa perasaan aku pada dia boleh hilang. Sekelip mata.”


“kau ada jawapan?”


…senyum ” ada…mudah.”


“Apa dia?”

“Bila aku pandang semua benda yang jadi tu ada hikmah. Aku mula refleksi balik segala apa yang aku dah buat. Apa yang jadi dalam hidup aku. Dan aku dapat jawapan. Kau nak tahu?”


“Kongsi lah…”

“Allah sayang aku. Dia taknak aku setia pada orang yang x hargai aku. Dia benarkan aku tahu kebenaran setelah setahun. Mungkin masa tu baru kekuatan aku cukup untuk menampung kekecewaan aku. Dan aku fikir-fikir balik, Allah beri yang terbaik untuk aku. Sedangkan banyak benda yang aku lalai. Hubungan aku dengan Allah aku terabai.”

“Maksud kau?”

“Aku banyak berfikir. Refleksi balik segalanya. Cari jawapan pada soalan-soalan aku. Aku kadang-kadang lalai dalam mengingati Allah. Leka dengan cinta lelaki. Aku dah bazirkan masa,duit untuk cinta lelaki. Aku dah sedar aku sepatutnya fokus cinta kepada Pencipta. Nak tahu sesuatu?

“Teruskan aku dengar…”

“Aku pernah tanya kenapa aku jumpa lelaki yang salah. Sekarang aku rasa aku tahu kenapa. Aku belum cukup baik. Dan aku kena betulkan diri aku untuk dapat yang terbaik. Rasa cinta itu memang anugerah daripada Allah. Tapi kita manusia ni lebih menghargai rasa cinta itu daripada Si Pemberi.
Kakak sepupu aku pernah cakap bila kita couple susah nak kawal bukan ... Lepas itu mula nak pegang-pegang tangan, bergambar rapat-rapat…Sebab tu,lebih baik mencegah daripada mengubati bukan…”


so sekarang?”

“aku tengah berjuang.menjadi lebih baik.doakan. Selangkah. Dua langkah…Aku sedang berlari. Mendekati Pencipta…”

“Lelaki? Cinta?”

“Hanya yang Halal. Janji Allah itu pasti.”

“Kau yakin sekarang? Rasa lebih baik?”


Alhamdulillah. Semua jawapan-jawapan yang aku cari membawa aku pada Allah.aku nampak cahaya melambai-lambai dari jauh. Cahaya itu yang buat aku bangun. Dan ketenangan itu milik aku. Sungguh, hikmah itu kalau dicari gali manisnya tiada berpenghujung. Aku khilaf. Sebab aku tahu Allah sentiasa ada, cuma manusia yang mencipta jarak.


Itu kata-kata yang aku rasa sesuai dengan situasi aku. Mungkin dulu aku nak dekat dengan Dia bila nak sesuatu atau sedih kecewa saja. Tapi sekarang aku dah sedar, faham tanggungjawab aku. Allah buktikan lagi sayang Dia pada aku dengan adanya perasaan ini. Syukur  “



p/s :  Semoga bermanfaat :)
MANUSIA : BODOH: tak belajar dari pengalaman sendiri dan tak belajar dari pengalaman orang lain
PANDAI: belajar dari pengalaman sendiri tapi  tak belajar dari pengalaman orang lain
BIJAK: belajar dari pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain….